Skip to main content

PENGENALAN KUMPULAN INOVATIF KREATIF (KIK)

    • Idea KMK Diambil Dari Negara Jepun

    • 16 Ogos 1982 KMK Diperkenalkan Dalam Perkhidmatan Awam

    • 14 Mac 1983 Dilancarkan Secara Rasmi Perlaksanaannya dalam Perkhidmatan Awam

    • 29 Oktober 1984 Konvensyen Pertama Diadakan.

EVOLUSI KIK

1991

Tindakan

Pekeliling Kemajuan PentadbiranAwam. Bilangan 7 Tahun 1991. Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

Kesan

Menyelesaikan masalah kualiti dan produktiviti di tempat kerja melalui konsep pengurusan secara penyertaan (participative management)

2009

Tindakan

Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK), 1 November 2009

Kesan

Disesuaikan dengan perubahan yang berlaku serta penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti

2016

Tindakan

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 1/2016 Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Kesan

Menambah baik pengurusan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI–PCI) serta menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan, prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA)

LATAR BELAKANG KIK

KIK Lama

Menumpukan kepada aspek proses penghasilan projek

KIK Baharu

berfokuskan kepada outcome, impak dan potensi pengembangan projek

Tiga (3) fasa diperkenalkan di dalam panduan ini iaitu:

  • Fasa Pertama : Penghasilan Projek
  • Fasa Kedua : Pengiktirafan
  • Fasa Ketiga : Pengembangan Projek

Pengurusan KIK dalam sektor awam telah dimantapkan lagi dengan pengenalan kepada sepuluh (10) elemen baharu seperti yang berikut:

  • penubuhan dan pembentukan KIK Hibrid
  • pengenalan bidang dan kategori inovasi dalam KIK
  • pemboleh daya bagi pembangunan inovasi yang berkesan
  • penekanan kepada outcome dan impak projek KIK
  • penyediaan peruntukan kewangan, iaitu sekurang- kurangnya sepuluh peratus (10%) daripada peruntukan latihan agensi Kerajaan untuk pembudayaan inovasi termasuk pelaksanaan projek KIK seperti latihan, pertandingan, aktiviti penyeragaman dan pengkomersialan produk atau hasil projek KIK
  • penggunaan Hab Inovasi Sektor Awam (HISA) secara optimum
  • pemilihan dan penggunaan kaedah serta teknik yang lebih fleksibel mengikut konteks pelaksanaan projek KIK
  • mekanisme penilaian yang bersepadu; pengembangan projek menerusi pengkomersialan, replikasi dan penyertaan dalam pertandingan inovasi
  • matriks agihan pendapatan hasil pengkomersialan

PANDUAN PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI:

HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

OBJEKTIF Sesi

Memberi penjelasan mengenai Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Menerangkan kerangka Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

PANDUAN PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KIK

KERANGKA PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASA AN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KIK

1.1: TUJUAN

Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung penambahbaikan tatacara pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Panduan ini dihasilkan bagi menggantikan Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang telah diterbitkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 1 November 2009

KERANGKA PEMBUDAYAN DAN PEMERKASAAN INOVASI DALAM SEKTOR AWAM MELALUI HORIZON BAHARU KIK

BIDANG INOVASI DALAM KIK, KATEGORI INOVASI DAN TAHAP KEBERHASILAN

2.1: BIDANG INOVASI DALAM KIK

(A) INOVASI SOSIAL

1

Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik

2

Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu-individu dalam masyarakat

3

Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama- sama rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka

(B) INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

2.2: KATEGORI INOVASI

Inovasi Penciptaan

Penciptaan suatu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belumpernah dilaksanakan di Malaysia

Inovasi Penambahbaikan

Penambahbaikan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses sedia ada melalui kaedah yang inovatif agar menjadi lebih berkualiti serta berdaya saing

CONTOH INOVASI

INOVASI SOSIAL

PENAMBAHBAIKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Program "Komuniti Sihat Pembina Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi.

"Ia adalah sebuah aplikasi yang menghubungkan pasaraya yang mempunyai lebihan makanan, dengan NGO yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk diberikan kepada golongan yang memerlukannya."Pasaraya ini boleh memberi maklumat mengenai berapa banyak lebihan makanan yang mereka ada, NGO boleh meminta berapa banyak makan15an yang mereka perlukan,"

PENCIPTAAN ROBIN FOOD

PENCIPTAAN MOBILE MUSOLLA

-KUMPULAN AURA NURANI
-MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN, TELAGA BIRU SDN BHD, BADAN NADWAH ISLAMIYAH PAHANG & TAKAFUL IKHLAS
-PAHANG DARUL MAKMUR

Mobil Musolla adalah satu perkhidmatan yang menyediakan kemudahan tempat bersolat di kawasan tumpuan umum sekitar Kuantan.

-KUMPULAN DURRAH
-MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & HOSPITAL SELAYANG
-JABATAN PERDANA MENTERI

Di atas manfaatnya yang besar kepada rakyat, maka Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri kategori Non ICT dalam Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri ( JPM) 2015 pada 29 September 2015.

PENAMBAHBAIKAN PUSAT PEMBEDAHAN KATARAK

INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Apakah yang dimaksudkan UTC? UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.

PENAMBAHBAIKAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PENAMBAHBAIKAN e-Filing

Apakah itu e-Filing?
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.

Adakah semua orang perlu e-Filing?
Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.

PENCIPTAAN Transit Killer Rat

-KUMPULAN UK’S GLOBAL


-MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

-PAHANG DARUL MAKMUR

KEBERKESANAN HASIL INOVASI Pihak Adastra Intellectual Property Sdn Bhd, sebuah firma harta intelek yang pakar dalam melindungi hak-hak harta intelek telah mengeluarkan kelulusan hak cipta kepada projek yang dinamakan Transit Killer Rat ini pada 12 Jun 2013 dengan Nombor Hakcipta P12013700516. Syarikat KIK CnaG Sdn. Bhd pula telah membayar kepada Majlis Perbandaran Kuantan sejumlah RM300,000.00 (Tiga Ratus Ribu) sebagai ‘Commitment Fee’ untuk mengkomersial kan projek ini. MPK menjadi PBT pertama di Malaysia yang telah berjaya ditawarkan pembelian hak cipta daripada syarikat swasta dan secara tidak langsung menjadikan projek inovasi pertama yang telah dikomersialkan. Ia amat signifikan bagi di gunakan oleh semua PBT seluruh Malaysia kerana ianya amat efektif dan menjimatkan masa, tenaga dan kos lojistik

-KUMPULAN DEVO
-LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA
-KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

PENCIPTAAN Mesin Badec

2.3: KRITERIA PROJEK KIK

KREATIF DAN INOVATIF

Idea baharu yang kreatif diterjemahkan melalui penghasilan projek berinovatif yang memberi manfaat kepada organisasi dan pelanggan

IMPAK POSITIF YANG TINGGI DAN MENYELURUH

Organisasi - peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan
Pelanggan - Menepati standard perkhidmatan dan memenuhi ekspektasi pelanggan
Rakyat - Memastikan keperluan sosial rakyat dipenuhi

PULANGAN NILAI TERBAIK

- Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan sumber
- Penjanaan atau peningkatan pendapatan

REPLIKASI

- Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubahsuai mengikut keperluan agensi
- Agenda replikasi perlu diambil kira di peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal pengembangan potensi projek

PENGKOMERSIALAN

- Penciptaan dan penyampaian nilai baharu kepada pelanggan di pasaran
- Projek berupaya bersaing di pasaran serta mampu menjana pendapatan
- Agenda pengkomersialan perlu diambil kira di peringkat penghasilan projek sebagai langkah awal pengembangan potensi projek

2.4: PEMBENTUKAN KUMPULAN

KIK PRIMER (01)

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK.

KIK HIBRID(02)

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada dua (2) atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek. Bilangan ahli tertakluk kepadaskala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh pihak yang melaksanakan projek KIK Hibrid.

CONTOH KIK HIBRID

Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2) atau lebih Kementerian/Jabatan/Agensi/ Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Negeri yang berbeza
    Contoh:
  • Kementerian bersama Kementerian
    - Kementerian Pertahanan + Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Jabatan bersama Jabatan (dari Kementerian yang berbeza)
    - Jabatan Pengangkutan Jalan (Kementerian Pengangkutan) + Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (Kementerian Kewangan)
  • Kementerian bersama Jabatan
    - Kementerian Pendidikan Malaysia + Jabatan Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan Tinggi)
Kombinasi/penggabungan sekurang- kurangnya dua (2) atau lebih Jabatan/Agensi di bawah Kementerian/PSUK yang sama
    Contoh:
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Kementerian Pendidikan Malaysia) + Bahagian Matrikulasi (Kementerian Pendidikan Malaysia)
  • Jabatan Pendaftaran Negara (Kementerian Dalam Negeri) + Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri)
  • Majlis Daerah Raub (PSUK Pahang) + Majlis Daerah Jerantut (PSUK Pahang)
  • Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PSUK Selangor) + Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PSUK Selangor)
KREATIF DAN INOVATIFKombinasi/Penggabungan ahli kumpulan KIK daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/PSUK Negeri dengan komuniti
    Contoh:
  • Majlis Daerah Baling bersama-sama Persatuan Penduduk
  • Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)