Skip to main content

LATAR BELAKANG

Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK) merupakan pejabat baharu yang ditubuhkan pada 1 Januari  2022 dengan memfokuskan kepada dua bidang utama iaitu Bahagian Penarafan Kualiti dan Bahagian Peningkatan Kualiti.

Bahagian Penarafan Kualiti bertanggungjawab dalam memastikan sistem pengurusan kualiti universiti dapat dilaksana berdasarkan garis panduan, piawaian dan prosedur kualiti yang ditetapkan. Bahagian ini juga perlu merancang dan melaksanakan audit dalaman kualiti ISO Universiti bagi memastikan pelaksanaan dan pembudayaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 kekal relevan di universiti. Bahagian Peningkatan Kualiti pula bertanggungjawab di dalam pengurusan myPortfolio, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan juga Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Pada tahun 2016, pengurusan kualiti diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan Kualiti Institusi dan berada di bawah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (CAD) di mana ia memainkan peranan di dalam penyelarasan dan pengurusan kualiti khususnya berkaitan dengan pemantauan dan pensijilan kualiti ISO 9001:2015.  Apabila pejabat ini ditubuhkan, fungsi dan peranan telah dikembangkan kepada hal-ehwal myPortfolio, KIK dan EKSA. Pejabat Pengurusan Kualiti (PPK) berada di bawah naungan Pejabat Penolong Naib Canselor, Strategik dan Kualiti (PNCSK) dan terletak di Bangunan Blok A4. Selain PPK, Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko (PSPR) juga berada di bawah naungan Pejabat PNCSK.

DASAR DAN OBJEKTIF KUALITI PEJABAT PENGURUSAN KUALITI

Pejabat Pengurusan Kualiti komited dalam memastikan sistem pengurusan kualiti universiti ditadbir urus dengan sistematik dan efisien selari dengan keperluan standard ISO 9001. Staf Pejabat Pengurusan Kualiti beriltizam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan objektif kualiti tahun semasa berikut dicapai, dipantau dan dikaji semula sejajar dengan visi, misi dan pelan strategik Universiti;

  • Memastikan 100% sistem pengurusan kualiti universiti dapat dilaksana berdasarkan garis panduan, prosedur kualiti dan piawaian ISO 9001 yang ditetapkan.
  • Menyasarkan UTHM mendapat kurang dari 2 major ketakakuran (major NCR) dalam Audit SIRIM setahun.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 2 kumpulan berjaya mewakili UTHM di dalam pertandingan berkaitan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) di peringkat kebangsaan setahun.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 20% PTj mendapat markah 80% dan ke atas melalui audit dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).