Skip to main content

AKTIVITI 2022

Taklimat Audit Dalaman Kualiti ISO 9001:2015 UTHM 2022

Ogos 4, 2022. Taklimat kepada barisan ketua dan juruaudit yang bakal terlibat dalam Audit Dalaman Kualiti tahun ini. Taklimat terbahagi kepada dua sesi iaitu Audit ISO yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Penarafan Kualiti PPK, Dr Mohd Norihan bin Ibrahim dan Audit Akademik oleh Ketua Jabatan Akreditasi CAD, Ts. Dr. Ahmad Fahmy bin Kamarudin. Taklimat sebagai persiapan awal  bagi menghadapi Audit Kualiti Dalaman. 

Taklimat Penyelarasan Kualiti Berkaitan Audit Dalaman Kualiti 2022

Ogos 9, 2022. Taklimat kepada penyelaras kualiti PTj yang bakal terlibat dalam Audit Dalaman Kualiti tahun ini. Taklimat terbahagi kepada dua sesi iaitu Audit ISO yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Penarafan Kualiti PPK, Dr Mohd Norihan bin Ibrahim dan audit akademik oleh Ketua Jabatan Akreditasi CAD, Ts. Dr. Ahmad Fahmy bin Kamarudin. Ia sebagai persiapan awal bagi menghadapi Audit Kualiti Dalaman.

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Kualiti UTHM 2022

Ogos 16, 2022. Mesyuarat yang dihadiri oleh semua ketua PTj yang terlibat dalam Audit Dalaman Kualiti. Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Canselor yang merupakan Wakil Pengurusan.

Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman Kualiti UTHM 2022

Mesyuarat yang dihadiri oleh semua ketua PTj  dan ketua juruaudit yang terlibat dalam Audit Dalaman Kualiti. Mesyuarat membentangkan tentang hasil penemuan audit yang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan audit dalaman kualiti bermula pada 16 Ogos 2022 – 20 September 2022. Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Canselor yang merupakan Wakil Pengurusan.

Penjurian & Penilaian KIK UA Ke-16 UTHM

September 20 & 21, 2022. Penganjuran Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Universiti Awam (UA) diteruskan untuk kali ke-16 pada tahun 2022 dengan mendukung aspirasi sebagai domain perkongsian idea dan amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan UA. UTHM telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK Peringkat UA Kali Ke-16 pada tahun 2022. Penganjuran Konvensyen pada kali ini dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian (bagi penjurian & penilaian) manakala penyampaian hadiah adalah secara fizikal pada tarikh yang lain. Sebanyak  48 penyertaan telah diterima pada Konvensyen KIK UA Ke-16 pada tahun 2022 ini dimana 28 penyertaan adalah bagi kategori pengurusan manakala 20 penyertaan adalah bagi kategori teknikal.
Panel Penilai: MPC (Malaysia Productivity Corporation), MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia), Fujitsu Component (Malaysia) Sdn. Bhd.

Majlis Penyampaian Hadiah KIK UA Ke-16 dan Maljis Penyerahan Tuan Rumah KIK UA Ke-17

Oktober 4, 2022. Majlis telah berlangsung secara bersemuka di Dewan Sultan Inrahim (DSI) UTHM Johor. Semua para pemenang  bagi kategori pengurusan dan teknikal serta peserta atau wakil  dari beberapa Universiti Awam seperti UKM, UiTM, USM, UPNM, UMP, UniMAP dan lain-lain telah hadir bagi menjayakan majlis. Majlis telah berlangsung dengan gilang gemilang dan disempurnakan oleh Pengerusi LPU UTHM, YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad. Disamping itu juga satu sesi simbolik penyerahan tuan rumah KIK UA Ke-17 juga diadakan sebagai penutup bagi majlis tersebut dengan Universiti Malaysia Pahang(UMP) akan bertindak sebagai tuan rumah bagi Konvensyen KIK UA Ke-17 pada tahun 2023 nanti.
Status Program: Peringkat Kebangsaan

BENGKEL & KURSUS 2022

Kursus Pembangunan Objektif Kualiti Universiti

Mei 25, 2022. Kursus ini diadakan bertujuan untuk. memenuhi keperluan Klausa 6.2 (Objektif Kualiti dan Perancangan Pencapaiannya) dan Klausa 10.3 (Penambahbaikan Berterusan) seperti yang termaktub di dalam standard MS ISO 9001:2015. Disamping itu, ia bertujuan untuk membantu peserta membangunkan objektif kualiti mengikut kesesuaian skop tugas di PTj agar organisasi dapat memperbaiki mutu perkhidmatan yang disampaikan.
Penceramah: EFR certification Sdn. Bhd.

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Jun 2, 2022. Kursus telah dikendalikan secara atas talian menggunakan Google Meet dan dihadiri seramai 28 orang peserta daripada 7 PTj. Peserta telah didedahkan kepada Pengenalan dan Pelaporan KIK yang menggunapakai kriteria penilaian MPC. Peserta turut didedahkan dengan contoh video yang dipertandingkan mengikut format secara atas talian dalam kursus tersebut. 
Penceramah: Pn Nazilah binti Ahmad (Pengurus Wilayah Selatan MPC)

Kursus Asas myPortfolio

Jun 15, 2022. Kursus telah dihadiri oleh seramai 28 orang peserta yang kebanyakannya adalah terdiri daripada Penyelaras Kualiti PTj yang akan bertanggungjawab terhadap keperluan myPortfolio sebagai salah satu elemen Audit Pengurusan Kualiti MSISO 9001:2015. Peserta telah didedahkan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4/2018, myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/2018 Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir Bagi Myportfolio: Panduan Kerja Sektor Awam.
Penceramah: Pn Zalinah binti Salehon

Kursus Pemantapan Juruaudit Dalaman ISO 9001:2015

Jun 8, 2022. Kursus yang diadakan setiap tahun dan terbuka kepada barisan juruaudit ISO universiti. Ia bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kefahaman juruaudit  Disamping itu, ia merupakan sebahagian persiapan bagi menghadapi Audit Kualiti Dalaman.
Penceramah: Ts Dr. Edly Ferdin Ramly (EFR Certification Sdn. Bhd.)

Lawatan Kerja Naib Canselor ke Pejabat Pengurusan Kualiti

Julai 4, 2022. Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof. Ts Dr Ruzairi bin Abdul Rahim telah melaksanakan lawatan kerja rasmi untuk bertemu dengan semua staf PPK. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr Mas Fawzi bin Mohd Ali, PNC (SK) bagi menyampaikan maklumat berkaitan penganjuran Konvensyen KIK UA ke-16 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 September 2022. Naib Canselor turut menyampaikan amanat dan harapan beliau kepada semua staf. Antaranya adalah berkaitan kebersamaan, integriti, pemudahcara, budaya positif dan sedia berubah.

Kursus Penyediaan Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan

Julai 14, 2022. Kursus yang dihadiri oleh penyelaras Kualiti PTj. Objektif kursus bagi memberi panduan mengenai kaedah penyediaan laporan kajian kepuasan pelanggan yang betul dan efektif berdasarkan kepada analisis dan penilaian tahap kepuasan pelanggan.
Penceramah: Prof. Madya Dr. Md Asrul Nasid Bin Masrom (FPTP)

Kursus Pemantapan  Ketua Juruaudit Dalaman ISO 9001:2015

Julai 13, 2022. Kursus yang diadakan setiap tahun dan terbuka kepada barisan ketua juruaudit ISO universiti. Ia bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kefahaman ketua juruaudit. Kursus ini juga merupakan sebahagian persiapan bagi menghadapi Audit Kualiti Dalaman.
Penceramah: TOMC Sdn Bhd.

Kursus Pembinaan Laman Web PPK

Julai 20, 2022. Kursus yang dihadiri oleh semua staf PPK. Ia bertujuan untuk melatih staf dalam pembinaan dan pembangunan laman web.
Penceramah: Ts. Muhamad Rais bin Abdul Halim (PTM) & En. Saiful Zaree bin Johar (PTM)