Skip to main content

BENGKEL & KURSUS 2022

Kursus Pembangunan Objektif Kualiti Universiti

Mei 25, 2022. Kursus ini diadakan bertujuan untuk. memenuhi keperluan Klausa 6.2 (Objektif Kualiti dan Perancangan Pencapaiannya) dan Klausa 10.3 (Penambahbaikan Berterusan) seperti yang termaktub di dalam standard MS ISO 9001:2015. Disamping itu, ia bertujuan untuk membantu peserta membangunkan objektif kualiti mengikut kesesuaian skop tugas di PTj agar organisasi dapat memperbaiki mutu perkhidmatan yang disampaikan.
Penceramah: EFR certification Sdn. Bhd.

Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Jun 2, 2022. Kursus telah dikendalikan secara atas talian menggunakan Google Meet dan dihadiri seramai 28 orang peserta daripada 7 PTj. Peserta telah didedahkan kepada Pengenalan dan Pelaporan KIK yang menggunapakai kriteria penilaian MPC. Peserta turut didedahkan dengan contoh video yang dipertandingkan mengikut format secara atas talian dalam kursus tersebut. 
Penceramah: Pn Nazilah binti Ahmad (Pengurus Wilayah Selatan MPC)

Kursus Asas myPortfolio

Jun 15, 2022. Kursus telah dihadiri oleh seramai 28 orang peserta yang kebanyakannya adalah terdiri daripada Penyelaras Kualiti PTj yang akan bertanggungjawab terhadap keperluan myPortfolio sebagai salah satu elemen Audit Pengurusan Kualiti MSISO 9001:2015. Peserta telah didedahkan kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4/2018, myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/2018 Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir Bagi Myportfolio: Panduan Kerja Sektor Awam.
Penceramah: Pn Zalinah binti Salehon

Kursus Pemantapan Juruaudit Dalaman ISO 9001:2015

Jun 8, 2022. Kursus yang diadakan setiap tahun dan terbuka kepada barisan juruaudit ISO universiti. Ia bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kefahaman juruaudit  Disamping itu, ia merupakan sebahagian persiapan bagi menghadapi Audit Kualiti Dalaman.
Penceramah: Ts Dr. Edly Ferdin Ramly (EFR Certification Sdn. Bhd.)

Lawatan Kerja Naib Canselor ke Pejabat Pengurusan Kualiti

Julai 4, 2022. Yang Berbahagia Naib Canselor, Prof. Ts Dr Ruzairi bin Abdul Rahim telah melaksanakan lawatan kerja rasmi untuk bertemu dengan semua staf PPK. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr Mas Fawzi bin Mohd Ali, PNC (SK) bagi menyampaikan maklumat berkaitan penganjuran Konvensyen KIK UA ke-16 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 September 2022. Naib Canselor turut menyampaikan amanat dan harapan beliau kepada semua staf. Antaranya adalah berkaitan kebersamaan, integriti, pemudahcara, budaya positif dan sedia berubah.

Kursus Penyediaan Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan

Julai 14, 2022. Kursus yang dihadiri oleh penyelaras Kualiti PTj. Objektif kursus bagi memberi panduan mengenai kaedah penyediaan laporan kajian kepuasan pelanggan yang betul dan efektif berdasarkan kepada analisis dan penilaian tahap kepuasan pelanggan.
Penceramah: Prof. Madya Dr. Md Asrul Nasid Bin Masrom (FPTP)

Kursus Pemantapan  Ketua Juruaudit Dalaman ISO 9001:2015

Julai 13, 2022. Kursus yang diadakan setiap tahun dan terbuka kepada barisan ketua juruaudit ISO universiti. Ia bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kefahaman ketua juruaudit. Kursus ini juga merupakan sebahagian persiapan bagi menghadapi Audit Kualiti Dalaman.
Penceramah: TOMC Sdn Bhd.

Kursus Pembinaan Laman Web PPK

Julai 20, 2022. Kursus yang dihadiri oleh semua staf PPK. Ia bertujuan untuk melatih staf dalam pembinaan dan pembangunan laman web.
Penceramah: Ts. Muhamad Rais bin Abdul Halim (PTM) & En. Saiful Zaree bin Johar (PTM)