Skip to main content

AKTIVITI 2023

Kursus  Pemantapan Ketua Juruaudit dan Juruaudit ISO 9001: 2015

Kursus yang diadakan setiap tahun dan terbuka kepada barisan Ketua Juruaudit dan Juruaudit ISO universiti. Ia bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kefahaman ketua juruaudit dan ketua juruaudit.  Kursus ini juga merupakan sebahagian persiapan bagi menghadapi Audit Kualiti Dalaman.

Tarikh Kursus: 20 Julai 2023
Penceramah: TOMC Sdn Bhd

Kursus Kesedaran Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001

Kursus yang diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan maklumat berkaitan kepentingan di dalam kawalan dan pengurusan kesalamatan maklumat kepada warga kerja universiti. Kursus ini juga merupakan salah satu keperluan di dalam usaha untuk memperoleh pensijilan ISMS.

Tarikh Kursus: 2 – 3 Ogos 2023
Penceramah: Tujuan Cahaya Resources

Kursus Juruaudit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001

Kursus yang diadakan bertujuan untuk menyediakan latihan sebagai juruaudit dalaman bagi ISMS ISO/IEC 27001:2022 kepada staf  dan  melengkapkan kemahiran juruaudit ISMS mengenai prinsip dan pelaksanaan audit berkesan berdasarkan garis panduan standard yang ditetapkan.        

Tarikh Kursus: 3 – 4 September 2023
Penceramah: Tujuan Cahaya Resources

Taklimat Ketua & Juruaudit Berkaitan Audit Dalaman Kualiti 2023

Taklimat kepada barisan ketua dan juruaudit yang bakal terlibat dalam Audit Dalaman Kualiti tahun ini

Taklimat terbahagi kepada dua sesi iaitu Audit ISO yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Penarafan Kualiti PPK, Dr Mohd Norihan bin Ibrahim dan audit akademik oleh Ketua Jabatan Akreditasi CAD, Prof. Madya Dr. Rafikullah Bin Deraman

Taklimat sebagai persiapan awal  bagi menghadapi Audit Dalaman Kualiti dan Akademik

Tarikh: 10 Ogos 2023  

Taklimat Penyelaras Kualiti Berkaitan Audit Dalaman Kualiti 2023

Taklimat kepada penyelaras kualiti PTj yang bakal terlibat dalam Audit Dalaman Kualiti tahun ini.

Taklimat terbahagi kepada dua sesi iaitu Audit ISO yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Penarafan Kualiti PPK, Dr Mohd Norihan bin Ibrahim dan audit akademik oleh Ketua Jabatan Akreditasi CAD, Prof. Madya Dr. Rafikullah Bin Deraman. Ia sebagai persiapan awal bagi menghadapi Audit Kualiti Dalaman Kualiti dan Akademik

Tarikh: 10 Ogos 2023

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman Kualiti UTHM 2023

Mesyuarat yang dihadiri oleh semua ketua PTj yang terlibat dalam Audit Dalaman Kualiti.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah PSPR yang menjalankan tugas PNCSK selaku Timbalan Wakil Pengurusan (TWP)

Tarikh: 15 Ogos 2023

Mesyuarat Penutupan  Audit Dalaman Kualiti UTHM 2023

Mesyuarat yang dihadiri oleh semua ketua PTj  dan ketua juruaudit yang terlibat dalam Audit Dalaman Kualiti.

Mesyuarat membentangkan tentang hasil penemuan audit yang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan audit dalaman kualiti bermula pada 15 Ogos 2023 – 21 September 2023.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Canselor UTHM  yang juga merupakan Wakil Pengurusan (WP).

Tarikh: 21 September 2023

Majlis Pelancaran EKSA UTHM  2023

Majlis pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertujuan untuk membudayakan EKSA di UTHM dimana terdapat 5 elemen utama terkandung di dalamnya iaitu imej korporat, kreativiti dan Inovasi, amalan hijau, persekitaran kondusif dan kepelbagaian agensi. Majlis disempurnakan oleh Y. Bhg. Profesor Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM.

Tarikh: 14 Ogos 2023 (9.00 pagi)
Tempat: Big Stage, Aras 2 PTTA

Perkongsian Ilmu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) berdasarkan Horizon Baharu.

Sesi perkongsian ilmu yang diselaraskan oleh Bahagian Peningkatan Kualiti, PPK merupakan sebahagian usaha untuk memupuk kesedaran dan budaya KIK berdasarkan kepada format Horizon Baharu selaras dengan kriteria Baharu didalam penganjuran KIK UA ke-17 pada tahun 2024. Penceramah ialah Encik Al-Bakri bin Mohammad @ Ahmad, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Tarikh: 7 September 2023

Tempat: Tan Sri Johan Jaafar Corner Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA)